Sabtu, 6 April 2013

Love Song - Chapter 1







Chapter 1

Kini...

Your POV

            “Apa?! Kamu nak berpisah?!” suara omma begitu lantang pada waktu itu.Kecut perutku dibuatnya.Apa yang duduk di sebelah omma hanya mendiamkan diri dan menumpukan perhatiannya pada buku yang sedang dibacanya.

            “Ya,omma.Hye Ra dah ada orang lain.” tenang aku menjawab.Kali ini aku sudah nekad.Keputusan ini tidakan akan diubah.Muktamad.Aku ingin mulakan kehidupan yang baru.Kedengaran omma mendengus. “Kenapa Hye Ra?Kamu tak bahagia ke?” tanya omma.Aku tahu omma sedang cuba untuk bertenang.

            Bahagia?Mahu tergelak aku dibuatnya.Bahagia apanya kalau selama hampir 10 tahun akuhidup sendirian tanpa seorang suami.Aku sendiri membesarkan anak.Suamiku langsung tidak pernah pulang.Entah apa yang dibuat sepanjang hampir 10 tahun ini.Mungkin dah ada isteri lagi satu.

            “Kenapa diam?Jawablah!” gertak omma.Fuhh!Kuat betul suara omma!Boleh ‘jalan’ terus kalau macam ni...Haha...

            “Hye Ra tak pernah cintakan dia langsung!” tekanku pada perkataan langsung it.Mahu omma faham betapa inginnya aku bebas dari ikatan perkahwinan ini. “Habis tu macam mana anak kamu boleh lahir?!” hampir tersedak aku dibuatnya.Tak cover langsung statement omma tu!

            “Omma...can’t we don’t talk about that?Yang sekarang ni,Hye Ra nak bincang pasal diri Hye Ra dengan dia.I want to be divorce!” tegasku.Dia itu aku maksudkan si suamiku itu.Omma menjelingku.Appa?Masih macam tadi jugak...

          “Kamu ni...memang tak tahu nak bersyukur.Dah dapat suami macam Gakuto tu pun kamu nak kan orang lain.” omma tidak berpuas hati.Tersentap aku dibuatnya.Bersyukur?Huh...buat apa nak bersyukur kalau dapat suami macam tu?Yang ada cuma derita je...

            “Panggil Gakuto balik.Omma nak bincang dengan dia.” kata omma sebelum bangun dan meninggalkan aku serta appa di ruang tamu.Aku menghela nafas berat.Susahnya nak pujuk omma...

            Haaa?!Panggil Gakuto balik?!Ahhh...sudah..aku langsung tak tahu macam mana nak contact dia.Selama ini aku tipu keluarga aku pasal Gakuto.Kononnya dia selalu jenguk kami.Padahal...dalam satu tahun pun dia tak pernah balik ke Korea.

            “Why you are so troubled?” tanya appa.Buku yang dibacanya sudah tertutup.Aku menggeleng laju.Kemudian aku berdiri dan mencapai beg tanganku. “Appa,Hye Ra balik dulu.Nak kena jemput Hana.” aku segera meminta diri untuk pulang.

            Sewaktu berada di dalam kereta,tiba-tiba saja air mataku berlinangan.Kenapa ni?Aku jarang menangis.Aku hanya pernah menangis kerana dipaksa kahwin,ditinggalkan oleh Gakuto selepas sebulan kami berkahwin,ketika aku terpaksa mengandung dan membesarkan Hana sendirian.

            Pada waktu itu,segalanya begitu susah sekali.Di masa yang sama aku terpaksa menyambung pelajaranku dan mencapai cita-citaku sebagai seorang pakar bedah...

            Melihat jam di dashboard kereta,aku terus menghidupkan enjin kereta dan memandu ke sekolah Hana bersekolah.Lee Hana,anakku yang berusia 10 tahun.Seorang yang petah berkata-kata dan berani.Dia juga bijak seperti aku dan...Gakuto.Dia mewarisi sifat aku dan suamiku itu.

            Hana dalam bahasa Korea bermaksud nombor satu,manakala dalam bahasa Jepun pula bermaksud bunga.Aku tersenyum sendiri.Hana dilahirkan pada penghujung musim bunga.Dia sering mendapat tempat no.1 dalam kelasnya.Hana sukakan nombor satu.

            Hana ingin benar menemui ayahnya.Susah bagiku untuk memberitahu Hana tentang hubungan aku dah ayahnya.Aku cuma memberitahu bahawa ayahnya seorang warganegara Jepun.Hana begitu suka untuk mempelajari segala perkara mengenai Jepun.Bahasa,tulisan dan lain-lain.

            Apabila aku menanya,dia menjawab, “Hana nak belajar sebab ini akan mengingatkan Hana pasal daddy,” mendengarkan jawapan itu,aku terus terkedu tanpa kata.Nampaknya Hana benar-benar sayangkan ayahnya.Meskipun tidak pernah bersua muka.

            Ketukan di tingkap kereta menyedarkan aku.Wajah Hana yang riang membuatkan aku tersenyum lagi.Hana adalah sumber kegembiraanku sejak ditinggalkan suami.Aku membuka lock pintu kereta bahagian penumpang pemandu.

            Hana masuk dan terus memandangku.

            “Mummy...mummy nak tahu tak...” Hana memulakan perbualannya denganku.

            “Tahu apa?”

            “Bulan depan kelas nak adakah trip pergi ke Jepun.Lawatan sambil belajar!Boleh tak kalau Hana pergi sana?” beritahu Hana dengan nada riangnya.Ada sedikit rayuan pada percakapannya.Aku yang sedang memandu terus menggeleng.

            “Kamu masih belum matang lagi,tunggu bila kamu masuk sekolah menengah nanti,” jawabku.Aku sebenarnya risau akan keselamatan Hana,kerana dia satu-satunya anak yang aku punyai.Aku sangat sayangkan Hana.

            “Alahh...mana best.Hana jealous tengok kawan-kawan sekelas yang dapat pergi ke Jepun.” dia seakan-akan tidak berpuas hati.Aku mengeluh. “Mummy tak sanggup nak lepaskan kamu pergi ke luar negara seorang diri.” beritahuku dengan nada risau.

            Hana terdiam,bibirnya dimuncungkan. “Hana ingat nak pergi cari daddy dekat sana...” kata-katanya membuatkan aku terkejut. “Hana sedar tak apa yang Hana cakapkan sekarang ni?” aku cuba menahan marah.Aku tidak mahu Hana mencari ayahnya kerana tak lama lagi aku akan menamatkan hubunganku dengan Gakuto,ayah kandung Hana.

            Aku cuba untuk fokus terhadap pemanduanku.Serabut.Ah!Macam mana ni?Aku perlu berjumpa dengan Gakuto.Hana pula mahu berjumpa dengan ayahnya.Aku?Aku mahukan sebuah kebebasan,daripada ikatan perkahwinan selama hampir 10 tahun ini.

            Akhir nanti,Hana pasti akan sedih bila tahu akan kebenaran tentang hubungan aku dan ayahnya.

*****

            Esoknya,masih seperti biasa.Aku tahu Hana agak terkilan kerana tidak dapat pergi ke Jepun untuk lawatan sambil belajar.

            Aku melangkah masuk ke bilik rehat.Pagi ini aku memulakan syif sebagai seorang pakar bedah.Kadangkala aku sedar akan masa kerjaku yang tidak seimbang.Nasiblah menjadi seorang ibu tunggal...

            Aku duduk di kerusi dan mengeluarkan sekeping foto.Foto yang kupegang itu adalah foto perkahwinan aku dan Gakuto.Wajah kami tidak menunjukkan kegembiraan.Waktu itu,masing-masing dalam paksaan.

            “Kalaulah semua ni tak berlaku...mesti aku dah bahagia sekarang ni,” gumamku sendirian.

            Kemudian,foto itu disimpan ke dalam begku.Pulang nanti aku akan letak di tempat yang Hana tak boleh cari.Kalau Hana tahu,habislah aku.Pasti waktu itu juga dia akan menyuruh aku mencari Gakuto.

            Tiba-tiba pintu bilik rehatku diketuk. “Masuk.” kataku.

            Muncul Doktor Hyun Joong.Salah seorang doktor pakar bedah di Seoul General Hospital,yang juga menjadi tempat aku bekerja. “Oh...awak rupanya,Hyun Joong.” aku tersenyum.Hyun Joong juga membalas senyumannya padaku.

            “Baru masuk kerja?” tanyanya.Aku mengangguk. “Awak pulak?”

            “Kejap lagi nak habislah syif saya.” jawabnya. “Ada apa hal awak nak jumpa saya?” aku memandang seketika wajah Hyun Joong itu.Kacak,memang patutlah semua jururawat dan pesakit perempuan sukakannya.

            Hyun Joong pun baik orangnya.Mudah mesra pulak tu.Bertuah siapa yang dapat jadi teman wanita dia.Hehehe...

            “Apa yang awak senyumkan tu,Hye Ra?” tegur Hyun Joong.Ah!Aku tertangkap!Aku menutup wajahku malu.Aduhh...boleh pulak aku mengelamun depan dia ni.Jatuh saham aku...ahaha...

            “Tak ada apa.” balasku,masih malu.

            “Saya nak jumpa awak sebab nanti awak kena hadir ke sebuah seminar,” kata Hyun Joong padaku. “Seminar?Seminar apa pulak?” err...dah lama aku tak pergi ke mana-mana seminar.

            “Pasal kaedah baru dalam bidang pakar bedah,saya dengan awak kena pergi untuk mewakili Seoul General Hospital.” jelas Hyun Joong dengan senyuman.Senyumannya boleh buat aku cair!

            “Ohh...okey.Dekat mana?” tanyaku.

            “Tokyo,” mataku membulat selepas mendengar perkataan ‘Tokyo’ dari Hyun Joong.Biar betul?!Lokasi seminar tu dekat Jepunlah kan?

            “Err..tapi jauh sangatlah.” rungutku. “Tak jauh mana pun,saya boleh teman awak.” Hyun Joong berkata.Aku membuat muka. “Berapa hari?” tanyaku lagi. “Dua hari,tapi pengarah kata nanti boleh tambah cuti sebab kita dah lama tak cuti,” Cehh,dia sukalah tu,dapat cuti.

            Aku diam. “Tapi...saya risau sebab anak saya nanti duduk sorang-sorang pulak.”

            “Awak bawak jelah dia.Senang cerita,” selamba Hyun Joong menjawab.Aku mengeluh.Hana...kalau dia dengar pasal ni,mesti dia excited sampai tak boleh nak tidur...tapi...aku rasa macam...takut pulak.

            Kenapa dengan aku ni?


p/s:errr...aku tahu okey ke tak chapter ni ._. feel free to comment :)



Takkan like je?Komenlahh...:D

2 ulasan:

ftnbhrzlhnf berkata...

best..sambung sambung \o/

Tanpa Nama berkata...

best2....lgi2....smbungan....