Chapter 1
Kini...
Your POV
“Apa?! Kamu nak
berpisah?!” suara omma begitu lantang pada waktu itu.Kecut perutku
dibuatnya.Apa yang duduk di sebelah omma hanya mendiamkan diri dan menumpukan
perhatiannya pada buku yang sedang dibacanya.
“Ya,omma.Hye Ra dah ada
orang lain.” tenang aku menjawab.Kali ini aku sudah nekad.Keputusan ini tidakan
akan diubah.Muktamad.Aku ingin mulakan kehidupan yang baru.Kedengaran omma
mendengus. “Kenapa Hye Ra?Kamu tak bahagia ke?” tanya omma.Aku tahu omma sedang
cuba untuk bertenang.
Bahagia?Mahu tergelak
aku dibuatnya.Bahagia apanya kalau selama hampir 10 tahun akuhidup sendirian
tanpa seorang suami.Aku sendiri membesarkan anak.Suamiku langsung tidak pernah
pulang.Entah apa yang dibuat sepanjang hampir 10 tahun ini.Mungkin dah ada
isteri lagi satu.
“Kenapa diam?Jawablah!”
gertak omma.Fuhh!Kuat betul suara omma!Boleh ‘jalan’ terus kalau macam
ni...Haha...
“Hye Ra tak pernah
cintakan dia langsung!” tekanku pada perkataan langsung it.Mahu omma faham
betapa inginnya aku bebas dari ikatan perkahwinan ini. “Habis tu macam mana
anak kamu boleh lahir?!” hampir tersedak aku dibuatnya.Tak cover langsung
statement omma tu!
“Omma...can’t we don’t
talk about that?Yang sekarang ni,Hye Ra nak bincang pasal diri Hye Ra dengan
dia.I want to be divorce!” tegasku.Dia itu aku maksudkan si suamiku itu.Omma
menjelingku.Appa?Masih macam tadi jugak...
“Kamu ni...memang tak
tahu nak bersyukur.Dah dapat suami macam Gakuto tu pun kamu nak kan orang
lain.” omma tidak berpuas hati.Tersentap aku dibuatnya.Bersyukur?Huh...buat apa
nak bersyukur kalau dapat suami macam tu?Yang ada cuma derita je...
“Panggil Gakuto
balik.Omma nak bincang dengan dia.” kata omma sebelum bangun dan meninggalkan
aku serta appa di ruang tamu.Aku menghela nafas berat.Susahnya nak pujuk
omma...
Haaa?!Panggil Gakuto
balik?!Ahhh...sudah..aku langsung tak tahu macam mana nak contact dia.Selama
ini aku tipu keluarga aku pasal Gakuto.Kononnya dia selalu jenguk
kami.Padahal...dalam satu tahun pun dia tak pernah balik ke Korea.
“Why you are so
troubled?” tanya appa.Buku yang dibacanya sudah tertutup.Aku menggeleng
laju.Kemudian aku berdiri dan mencapai beg tanganku. “Appa,Hye Ra balik
dulu.Nak kena jemput Hana.” aku segera meminta diri untuk pulang.
Sewaktu berada di dalam
kereta,tiba-tiba saja air mataku berlinangan.Kenapa ni?Aku jarang menangis.Aku
hanya pernah menangis kerana dipaksa kahwin,ditinggalkan oleh Gakuto selepas
sebulan kami berkahwin,ketika aku terpaksa mengandung dan membesarkan Hana
sendirian.
Pada waktu
itu,segalanya begitu susah sekali.Di masa yang sama aku terpaksa menyambung
pelajaranku dan mencapai cita-citaku sebagai seorang pakar bedah...
Melihat jam di
dashboard kereta,aku terus menghidupkan enjin kereta dan memandu ke sekolah
Hana bersekolah.Lee Hana,anakku yang berusia 10 tahun.Seorang yang petah
berkata-kata dan berani.Dia juga bijak seperti aku dan...Gakuto.Dia mewarisi
sifat aku dan suamiku itu.
Hana dalam bahasa Korea
bermaksud nombor satu,manakala dalam bahasa Jepun pula bermaksud bunga.Aku
tersenyum sendiri.Hana dilahirkan pada penghujung musim bunga.Dia sering
mendapat tempat no.1 dalam kelasnya.Hana sukakan nombor satu.
Hana ingin benar
menemui ayahnya.Susah bagiku untuk memberitahu Hana tentang hubungan aku dah
ayahnya.Aku cuma memberitahu bahawa ayahnya seorang warganegara Jepun.Hana
begitu suka untuk mempelajari segala perkara mengenai Jepun.Bahasa,tulisan dan
lain-lain.
Apabila aku menanya,dia
menjawab, “Hana nak belajar sebab ini akan mengingatkan Hana pasal daddy,” mendengarkan
jawapan itu,aku terus terkedu tanpa kata.Nampaknya Hana benar-benar sayangkan
ayahnya.Meskipun tidak pernah bersua muka.
Ketukan di tingkap
kereta menyedarkan aku.Wajah Hana yang riang membuatkan aku tersenyum lagi.Hana
adalah sumber kegembiraanku sejak ditinggalkan suami.Aku membuka lock pintu
kereta bahagian penumpang pemandu.
Hana masuk dan terus
memandangku.
“Mummy...mummy nak tahu
tak...” Hana memulakan perbualannya denganku.
“Tahu apa?”
“Bulan depan kelas nak
adakah trip pergi ke Jepun.Lawatan sambil belajar!Boleh tak kalau Hana pergi
sana?” beritahu Hana dengan nada riangnya.Ada sedikit rayuan pada
percakapannya.Aku yang sedang memandu terus menggeleng.
“Kamu masih belum
matang lagi,tunggu bila kamu masuk sekolah menengah nanti,” jawabku.Aku
sebenarnya risau akan keselamatan Hana,kerana dia satu-satunya anak yang aku
punyai.Aku sangat sayangkan Hana.
“Alahh...mana best.Hana
jealous tengok kawan-kawan sekelas yang dapat pergi ke Jepun.” dia seakan-akan
tidak berpuas hati.Aku mengeluh. “Mummy tak sanggup nak lepaskan kamu pergi ke
luar negara seorang diri.” beritahuku dengan nada risau.
Hana terdiam,bibirnya
dimuncungkan. “Hana ingat nak pergi cari daddy dekat sana...” kata-katanya
membuatkan aku terkejut. “Hana sedar tak apa yang Hana cakapkan sekarang ni?”
aku cuba menahan marah.Aku tidak mahu Hana mencari ayahnya kerana tak lama lagi
aku akan menamatkan hubunganku dengan Gakuto,ayah kandung Hana.
Aku cuba untuk fokus
terhadap pemanduanku.Serabut.Ah!Macam mana ni?Aku perlu berjumpa dengan
Gakuto.Hana pula mahu berjumpa dengan ayahnya.Aku?Aku mahukan sebuah
kebebasan,daripada ikatan perkahwinan selama hampir 10 tahun ini.
Akhir nanti,Hana pasti
akan sedih bila tahu akan kebenaran tentang hubungan aku dan ayahnya.
*****
Esoknya,masih seperti
biasa.Aku tahu Hana agak terkilan kerana tidak dapat pergi ke Jepun untuk
lawatan sambil belajar.
Aku melangkah masuk ke
bilik rehat.Pagi ini aku memulakan syif sebagai seorang pakar bedah.Kadangkala
aku sedar akan masa kerjaku yang tidak seimbang.Nasiblah menjadi seorang ibu
tunggal...
Aku duduk di kerusi dan
mengeluarkan sekeping foto.Foto yang kupegang itu adalah foto perkahwinan aku
dan Gakuto.Wajah kami tidak menunjukkan kegembiraan.Waktu itu,masing-masing
dalam paksaan.
“Kalaulah semua ni tak
berlaku...mesti aku dah bahagia sekarang ni,” gumamku sendirian.
Kemudian,foto itu
disimpan ke dalam begku.Pulang nanti aku akan letak di tempat yang Hana tak
boleh cari.Kalau Hana tahu,habislah aku.Pasti waktu itu juga dia akan menyuruh
aku mencari Gakuto.
Tiba-tiba pintu bilik
rehatku diketuk. “Masuk.” kataku.
Muncul Doktor Hyun
Joong.Salah seorang doktor pakar bedah di Seoul General Hospital,yang juga
menjadi tempat aku bekerja. “Oh...awak rupanya,Hyun Joong.” aku tersenyum.Hyun
Joong juga membalas senyumannya padaku.
“Baru masuk kerja?”
tanyanya.Aku mengangguk. “Awak pulak?”
“Kejap lagi nak
habislah syif saya.” jawabnya. “Ada apa hal awak nak jumpa saya?” aku memandang
seketika wajah Hyun Joong itu.Kacak,memang patutlah semua jururawat dan pesakit
perempuan sukakannya.
Hyun Joong pun baik
orangnya.Mudah mesra pulak tu.Bertuah siapa yang dapat jadi teman wanita
dia.Hehehe...
“Apa yang awak
senyumkan tu,Hye Ra?” tegur Hyun Joong.Ah!Aku tertangkap!Aku menutup wajahku
malu.Aduhh...boleh pulak aku mengelamun depan dia ni.Jatuh saham aku...ahaha...
“Tak ada apa.” balasku,masih
malu.
“Saya nak jumpa awak
sebab nanti awak kena hadir ke sebuah seminar,” kata Hyun Joong padaku. “Seminar?Seminar
apa pulak?” err...dah lama aku tak pergi ke mana-mana seminar.
“Pasal kaedah baru
dalam bidang pakar bedah,saya dengan awak kena pergi untuk mewakili Seoul
General Hospital.” jelas Hyun Joong dengan senyuman.Senyumannya boleh buat aku
cair!
“Ohh...okey.Dekat mana?”
tanyaku.
“Tokyo,” mataku
membulat selepas mendengar perkataan ‘Tokyo’ dari Hyun Joong.Biar betul?!Lokasi
seminar tu dekat Jepunlah kan?
“Err..tapi jauh
sangatlah.” rungutku. “Tak jauh mana pun,saya boleh teman awak.” Hyun Joong
berkata.Aku membuat muka. “Berapa hari?” tanyaku lagi. “Dua hari,tapi pengarah
kata nanti boleh tambah cuti sebab kita dah lama tak cuti,” Cehh,dia sukalah
tu,dapat cuti.
Aku diam. “Tapi...saya
risau sebab anak saya nanti duduk sorang-sorang pulak.”
“Awak bawak jelah
dia.Senang cerita,” selamba Hyun Joong menjawab.Aku mengeluh.Hana...kalau dia
dengar pasal ni,mesti dia excited sampai tak boleh nak tidur...tapi...aku rasa
macam...takut pulak.
Kenapa dengan aku ni?
p/s:errr...aku tahu okey ke tak chapter ni ._. feel free to comment :)
2 ulasan:
best..sambung sambung \o/
best2....lgi2....smbungan....
Catat Ulasan