Khamis, 10 Ogos 2023

GOODBYE MY LOVE... [CHAPTER 2]



  "Hai, maaf mengganggu..." Takeshi bersuara dari luar bilik rawatan. Pintu bilik rawatan itu terbuka luas. Akemi dan Kentou saling berpandangan. 

"Hei, Takeshi!" Kentou terus berjalan ke arah Takeshi. Akemi pula membatukan dirinya sendiri. Dia ingin lari dari situ sekarang juga.

'Ah!Macam mana ni? Mamat tu datanglah pulak!' Akemi berkata dalam hatinya.

Sudahlah Takeshi menolong,bermaksud mengangkat dirinya yang tiba-tiba kiok sebab tak cukup tidur. Malu! 

'Mesti masa dia angkat aku,terasa beratnya badan aku ni!' dia masih berfikir tentang sewaktu dia pengsan.

  "Akemi," panggil Kentou. Tiada balasan. Gadis itu masih membatukan diri. 

"Hei, mak cik," Kentou menggawangkan tangannya ke muka Akemi. Akemi serta merta tersedar. Dia membesarkan matanya. 

"Kau ni kenapa Akemi? Macam batulah..." ujar Kentou, yang sememangnya mulut takde insurans. 

"Hmm?Uh...Aku rasa tak laratlah, Kentou," jawab Akemi, dengan alasan. Sebenarnya dia ingin Takeshi pergi, malu pula melihat Takeshi yang sudah menolongnya.

  "Kau ni kan...tadi okey je. Okeylah,kau tidurlah. Lagipun Cikgu Hatsune tu suruh kau berehat. Biar aku dengan Takeshi je berbual, kau tak payah menyibuk,ya?"

  Akemi menggangguk.Dia terus berbaring. Dalam hatinya memang dia ingin saja menjerit mengucapkan terima kasih kepada Kentou, kerana sudi membiarkan dia sendirian.

"Weh, jom pergi beli air dekat vending machine,sambil tu kita sembang kejap,mak cik ni nak berehat kejap," ajak Kentou sambil menunjukkan tangannya ke arah Akemi yang sudah berbaring di katil.

Takeshi hanya tersenyum. "Okeylah,"

 Kentou dan Takeshi sudah berlalu pergi meninggalkan Akemi. Akemi memandang siling. 

'Bosannya...' dia mengeluh dalam hati.Matanya dipejamkan untuk seketika. '

Apalah yang aku nak buat sekarang ni?' dia menyoal. Dia tidak punyai ramai kawan,semua kawannya lelaki. Kawan perempuan cuma Yuiko. Tetapi hari ini Yuiko tidak hadir kerana demam. Apalah nasibnya, kawan perempuan pun seorang saja.

  Kedengaran pintu bilik rawatan dikuak.Akemi kaget. Takut ada orang yang tidak dikenali memasuki bilik rawatan itu. Dia segera menyembunyikan mukanya ke dalam selimut.

 "Akemi,mak awak datang ni," suara Cikgu Hatsune. Akemi menarik selimut ke bawah,dia melihat emaknya sedang berdiri di sebelah Cikgu Hatsune. 

"Puan, Akemi dah boleh balik ke rumah,saya harap Puan bagi dia rehat secukupnya." ujar Cikgu Hatsune kepada emak Akemi.

  "Baiklah, Cikgu Hatsune.Terima kasih sebab memberitahu saya tentang Akemi.Memang saya risau dengan dia,sebab semalam dia jaga adik lelaki dia yang demam." emak Akemi mengusap bahu Akemi. 

Akemi tersenyum kecil.Semalam adik lelakinya, Akira demam. Sebagai kakak,dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga adik lelakinya itu.

Takkan like je?Komenlahh...:D