Sabtu, 6 April 2013

Love Song - Prologue




Love Song

Prologue

Beberapa tahun sebelum itu...

No one POV



            “Hye Ra,Gakuto...kami nak kamu berdua berkahwin.”

            Srappp!Kedua-dua orang yang sedang duduk di hadapan kedua-dua ahli keluarga begitu terkejut dengan keputusan yang mendadak itu.

            Hye Ra,si gadis yang baru berumur 17 tahun ketika itu memandang lelaki di sebelahnya.Mengikut perkiraannya,lelaki itu berumur dalam 20 tahun.Namanya Gakuto.Gakuto Kamui.

            Dia kenal lelaki itu.Dia sedang mencipta nama bersama kumpulan Malice Mizer,kumpulan j-rock yang terkenal pada masa ini.Walaupun dia masih bersekolah,dia juga seorang remaja biasa,punyai minat yang tersendiri.

            “Haha-san,jangan main-main.Saya tak boleh berkahwin sekarang ni.” Gakuto cuba mengawal suaranya.Jelas dia sedang bengang.

            “Tidak.Ini semuanya kami dah rancangkan,Gakuto.Hye Ra,tolong terima ya?Haha-san nak sangat kamu jadi menantu keluarga Kamui.” ujar ibu Gakuto,Puan Kamui.Hye Ra menunduk.

            Susah hendak memberi jawapan.Hye Ra sendiri mahu impiannya tercapai sebelum mengambil keputusan untuk mencari teman hidup.Umurnya masih muda,perjalanan hidupnya masih panjang.

            Dalam diam Gakuto memerhati gelagat Hye Ra.Gadis itu nampak macam nerd,tapi cantik.Kulitnya putih seperti salju,bibirnya kemerah-merahan,hidungnya mancung.Paling menarik perhatiannya ialah pipi gadis itu,merah.Seperti sedang menahan malu.

            Bagi Gakuto,dia tidak mahukan komitmen.Ketika ini,dia hanya mahu menjadi seorang penyanyi j-rock bersama ahli kumpulannya.

            “Kami sebenarnya nak kamu berdua jadi pasangan yang bahagia.Kami dah lama berkawan sejak zaman remaja lagi.Boleh kan?Jangan hampakan kami...” kata omma Hye Ra pula.

            Hye Ra,mahupun Gakuto masing-masing berasa semua ini tidak adil dan tidak patut berlaku.Perkahwinan tanpa cinta?Kenapa masih ada dasar kahwin paksa?

            “Baiklah.Saya setuju,” Gakuto bersuara.

            Hye Ra terus mengangkat wajahnya,tergamam. “Hye Ra?Kamu setuju?”

            Hye Ra mengemam bibirnya sebelum... “Hye Ra pun setuju...”

            Kedengaran kedua-dua ibu bapa mereka mula bersorak.Gembira.Namun kegembiraan langsung tiada di dalam diri Hye Ra dan Gakuto.Yang ada hanyalah keterpaksaan setelah didesak oleh keluarga.



p/s: short prologue ^_^ comments are needed n.n

p/p/s:Haha-san means mom also in Japanese,other than oka-san


Takkan like je?Komenlahh...:D

Tiada ulasan: