poster paling simple lol~
Chapter 2:Mama?
No one POV
Jam sudah menunjukkan
ke pukul 10 pagi.Perkarangan Tadika Sakuraba sudah dipenuhi dengan kehadiran
ibu dan bapa murid-murid tadika tersebut.Sou-chan yang sedang duduk di
tempatnya mengeluh kecil.
“Harapnya papa tak
mungkir janji lagi...” ujarnya perlahan.
Haruna Sensei sibuk
melayan ibu dan bapa murid-murid kelasnya.Tetapi matanya masih memerhatikan
tingkah Sou-chan.
“Oka-san!” suara Ayano menjerit menarik perhatian Sou-chan.
Sou-chan terpandang
akan dua orang wanita yang sedang berjalan ke arah Ayano.Salah seorang daripada
wanita ialah ibu kepada Ayano.Seorang lagi...dia tidak kenal.
“Aya-chan!” Saki
mendapatkan Ayano.
Sora yang berdiri di
sebelah kakaknya tersenyum kecil.Dia memandang sekeliling kawasan tadika
Sakuraba.Luas dan cantik.Kata Saki,kebanyakan ibu dan bapa menghantar anak-anak
mereka di tadika tersebut kerana ingin anak-anak mereka menjadi murid yang
cemerlang.
Tadika Sakuraba
menduduki tempat yang teratas dengan prestasi murid-muridnya.
Matanya terarah pada
seorang kanak-kanak kecil yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Pada mulanya kanak-kanak itu memandang
mereka,kemudian apabila dia memandang kanak-kanak itu,dia pula yang memandang
ke tempat lain.
“Ayano...siapa budak lelaki tu?Comel je
auntie tengok,” tanya Sora tanpa disedari.
Ayano dan Saki saling berpandangan.
Sora sedari dia menanya secara tidak sedar.
“Budak tu comel,” dia memuji.
Ayano dan Saki tersengih.
“Dia tu Sou-chan.Souji Kazuki.Dia nakal
tapi Ayano suka kawan dengan dia,” jawab Ayano dengan lurus.
Saki senyum.Dia tahu tentang Sou-chan.Ayano
sering menceritakan perihal Sou-chan di tadika.
“Ohhh...mesti mama dan papa dia sama-sama
cantik dan hensem,bukan?” Sora berkata.
“Hmm,Ayano selalu nampak papa Sou-chan
je.Tapi,Ayano tak pernah tengok muka mama Sou-chan.Sou-chan tak cerita pulak
pasal mama dia,” beritahu Ayano.
Sora terangguk-angguk mendengar jawapan
Ayano itu.
*****
Ryouji POV
Aku melihat jam tangan
yang kupakai di tangan.Mesyuarat baru sahaja bermula.Mesyuarat yang secara
tiba-tiba diadakan.
Rakan kongsiku mula
membincangkan tentang kes yang sedang diuruskan olehnya. “Encik Kaname dari KK
Industry menfailkan saman pada J Corporation disebabkan syarikat tersebut gagal
melunaskan wang pampasan yang telah dipersetujui dalam kontrak yang
ditandatangani 20 Februari 2012,”
Semua orang yang berada
di dalam bilik mesyuarat itu sedang mendengar dengan tekun.Aku mulai gelisah di
tempat dudukku.
Kenapalah mesti
diadakan mesyuarat pada waktu ini?!
Aku berperang dengan
perasaanku sendiri.Dahulu,sebelum lahirnya Sou-chan ke dunia ini,aku lebih
sibuk dengan kerjaku sendiri.Aku sering memikirkan soal kerjaku,sehinggakan ibu
dan bapaku mengambil keputusan untuk mengahwinkan aku dengan calon menantu
pilihannya.
Gadis yang terpilih dan
yang malang kerana mengahwiniku ialah mama kepada Sou-chan sendiri,Kyouko
Shinobu.
“Urmm,Ryouji-san?”
Bahuku ditepuk dengan
perlahan.Aku tersentak sebelum memandang semua orang.
“Ya?” aku cuba untuk
bersikap professional.
“Sila bentangkan pula
kes yang awak sedang kendalikan,” kata rakan kongsiku,Izumi Hayato.
Aku memberikan senyuman
sebelum bangun untuk membentangkan pula kes yang aku sedang kendalikan.Maafkan
papa,Sou-chan.Hatiku berasa sungguh bersalah ketika ini.
*****
“Sou-chan!” panggil
Ayano.
“Hmm...” gumam
Sou-chan.Wajahnya tidak gembira.
“Mana papa awak?” tanya
Ayano.Ibunya sedang berbual dengan makciknya.
Sou-chan mengangkat
bahu.
“Papa awak sibuk ke?”
tanya Ayano lagi.
Sou-chan mengeluh kecil
sebelum menjeling Ayano. “Awak jangan sibuklah!”
Ayano terkejut sebelum
tiba-tiba menangis dengan kuat.Kejadian itu menyebabkan Saki dan Sora berhenti
berbual dan meluru ke arah Ayano.Sou-chan berlari keluar ke padang tadika yang
luas.
“Papa...” Sou-chan
memanggil papanya.
Air matanya mulai
mengalir.
“Sou-chan...” tiba-tiba
ada satu suara memanggil namanya.
Sou-chan berpaling ke
belakang.Seorang wanita berjalan ke arahnya dan memberikan satu senyuman.
Tangisannya semakin
kuat. “Mama!” Sou-chan memeluk wanita itu.
Pelukannya dibalas.
“Mama...Sou-chan rindu
mama...mana mama pergi?Kenapa mama tak tinggal dengan Sou-chan dan papa?”
bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Sou-chan.
“Syhh...jangan nangislah...mama
ada di samping kamu,” wanita itu berkata dengan lembut.
“Sora?”
“Onii-san,” wanita itu membalas.
“Sou-chan...” Saki
menyebut.Ayano yang didukungnya melihat Sou-chan sedang dipeluk oleh
makciknya,Sora.
“Onii-san,boleh ke kalau Sora tolong Sou-chan?” tanya Sora dengan
rasa kasihan.
Saki memandang Sou-chan
dan adiknya,Sora.
Dia tidak menyangka
tentang hal ini akan terjadi.Sora kelihatan sungguh risau akan anak kecil itu.
“Okey,” jawab Saki
dengan senyuman.
“Sou-chan...mari masuk
kelas semula,” Sora mengajak Sou-chan masuk.Sou-chan mengangguk.Sora
mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan mengelap air mata dan hingus Sou-chan.
Saki dan Ayano melihat
perkara itu tanpa berkata apa-apa.
Sou-chan didukung dan
dibawa masuk ke dalam kelas oleh Sora.
Haruna Sensei berasa
hairan apabila Sou-chan didukung oleh seorang wanita.Adakah itu mama kepada
Sou-chan?
*****
Sora POV
Aku membelai rambut
Sou-chan dengan rasa kasih.Entah kenapa aku berasa begitu kasihan akan
kanak-kanak lelaki ini.
Tadi kakiku mengikut
sahaja langkah Sou-chan ke padang sekolah.Aku terkejut apabila Ayano tiba-tiba
menangis dan Sou-chan keluar meninggalkan kelas.Tangisan Sou-chan begitu
menyentuh hatiku.
“Sou-chan,borang ni
Auntie isi boleh?” aku meminta izin dari Sou-chan.
Sou-chan mengangguk
tanpa membantah.
Aku mencapai pen yang
dihulurkan oleh kakakku,Saki.Aku terus mengisi borang.
Nama:
Souji Kazuki
Nama
Ibubapa/Penjaga: Sora Kyouko Shinobu
Kehadiran:
Hadir/
|
Aku memberikan borang
itu kepada seorang guru wanita muda yang sedang memerhatikan kami berempat
sejak tadi.Aku senyum padanya.
“Puan Kazuki...” guru
itu menyebut.Aku senyum lagi.Ah!Biarkan je...Puan Kazuki...hmm...hehehe...tak
sangka pulak dapat pangkat ‘Puan’ hari ni....
“Ya,saya...”
“Sou-chan,papa kamu tak
datang.Jadi,mama kamu yang datang,ya?” tanya guru itu.Sou-chan mengangguk lagi.
Aku memandang
Sou-chan.Diam je dia ni...mungkin dia masih tidak biasa dengan situasi yang
secara tiba-tiba ini.
“Saya Haruna,guru kelas
Sou-chan,” dia memperkenalkan dirinya.
“Nice to meet you,”
balasku dengan ramah.
“Sou-chan ni,pelajar
yang nakal,tapi sangat pandai.” Haruna Sensei memulakan bicaranya.Aku
mengangguk.
Kami mula berbincang
dan berbual tentang Sou-chan.Sou-chan pula...masih diamkan dirinya.Wajahnya
menunduk.
*****
No one POV
“Oka-san...kenapa Auntie Sora yang gantikan papa Sou-chan?” tanya
Ayano selepas mereka selesai.Saki memikirkan jawapan yang sesuai untuk
membalas.
“Sebabnya...papa Sou-chan
sibuk,sebab tu Auntie Sora dengan ikhlasnya nak tolong Sou-chan,” balas Saki
dengan yakin.Harapnya Ayano faham,walaupun anaknya itu masih kecil.
“Ohh...” Ayano seakan
faham.
Saki memandang
adiknya,Sora dan Sou-chan yang bagaikan ibu dan anak.Hatinya terdetik
sesuatu...
*notes:
onii-san - kakak (sulung/lebih tua)
oka-san - ibu
oto-san - datuk
oba-san - nenek
Updated chapter 2~Ahh ._. actually aku rasa janggal lol.Also,cerita ni akan ada banyak flashback,tapi aku tak tahu dalam chapter mana xD btw,cerita ni dalam tahun 2013,means kalau flashback aku akan tulis tahun yang aku ceritakan ._.v p/s:aku dah berminggu tak update fanfic blog lagi dua tu lmao ;u; ah!nanti aku akan letak foreword ;o;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan