Ahad, 3 Februari 2013

Stand By You : Chapter 1







Stand By You

Chapter 1

Ryouji POV

            Aku memandang wajah comel itu.Dia sedang tertidur dengan nyenyak sekali.Wajahnya seperti iras seseorang yang sudah tiada di dunia ini.Sejak lahir,dia kehilangan ibunya.

            Adakalanya,dia menanyaku di manakah ibunya.

            Aku tidak sampai hati untuk memberitahu apa-apa.Aku diamkan sahaja.

            “Mama...mama...” kedengaran si comel itu memanggil mamanya.

            Aku menahan sebak di dada.

            “Sou-chan...” aku memanggil nama anakku.

            Sou-chan,atau nama sebenarnya Souji membuka kedua-dua matanya dengan perlahan.Dia mulai menangis. “Papa...”

            Aku memeluk Souji. “Kenapa mama tak bersama dengan kita?Dia tak sayang Sou-chan ke?” tanya Souji.

            Aku diam,memikirkan jawapan yang sesuai untuknya.

            “Mama...dia jauh.Sebab tu dia tak tinggal dengan kita,” balasku.Maafkan papa,Sou-chan.

            “Jauh?Tapi...nanti dia boleh jumpa Sou-chan tak?” Souji masih mahukan jawapan yang boleh memuaskan hatinya.

            “Mungkin...bila Sou-chan tak nakal,” aku mengusik Sou-chan.Namun,mustahil semua itu akan berlaku.Sou-chan mencebik bibirnya.

            “Sou-chan tak nakal!”

            Aku ketawa kecil. “Mungkin...tapi,oba-san cakap Sou-chan nakal.Kesian oba-san dengan oji-san,

            Sou-chan membuat muka.

            “Papa...Sou-chan nak mama kembali dengan kita.” suaranya seakan merayu.Sou-chan masih kecil.Umurnya baru sahaja mencecah empat tahun.Tetapi,dia sering berfikiran seperti orang yang sudah dewasa.

            “Sudahlah tu.Tidur.Dah lewat ni.Nanti esok tak boleh bangun pagi pulak,” aku menepuk bantal menandakan menyuruh Sou-chan tidur semula.Dia mengangguk.

            Aku menutup lampu biliknya sebelum melangkah keluar dari biliknya.

*****

Keesokkan harinya...

            “Ohayo!” aku mengucapkan selamat pagi pada Sou-chan.

            “Ohayo...” Sou-chan membalas.

            “Jom!Kita dah lambat ni,” aku membawa briefcase kepunyaanku dan beg sekolah milik Sou-chan.Sou-chan melangkah dengan lambat.Wajahnya muram.

            “Kenapa?” aku memandangnya.

            “Papa...hari ni...ada perjumpaan ibu dan bapa.Papa ada masa tak?” lambat-lambat dia memberitahu.Aku memandang Sou-chan sebelum memegang wajahnya.

            “Nanti papa datang.Jangan risau.Kalau tidak,papa suruh oji-san yang pergi,” aku memberi kata-kata janji.

            “Papa...jangan tipu okey?Papa selalu tak tepati janji,” tegas Sou-chan.

            Aku tersenyum sumbing.Memang aku sering tidak menepati janji setiap kali aku berjanji dengan Sou-chan.Aku sibuk dengan kes-kes yang aku kendalikan sehingga terlupa akan janji yang telah dibuat.

            “Okey.Papa janji,” kami membuat janji ‘pinky promise’ dengan menghubungkan jari kelengkeng kami bersama.

            “Yay!Sayang papa!” ucap Sou-chan dengan riang.

            “Hmm...jom,kita pergi.” aku berkata.

*****

No one POV

            “Auntie Sora!!!” jerit seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian uniform sekolah.Wanita yang bernama Sora yang berada di halaman belakang rumah itu mengalihkan pandangannya ke arah kanak-kanak perempuan yang memanggilnya.

            “Why?” Sora menanya.

            “Saja je...hehe..” sengih kanak-kanak perempuan itu.

            “Eiii...kamu ni Ayano,suka sangat jerit.Auntie ingat apalah tadi...” Sora mencubit pipi kanak-kanak perempuan yang dipanggilnya sebagai Ayano.

            Ayano sengih lagi.Kali ini sengihannya lebih lebar.

            “Aya-chan!” seorang wanita  memanggil Ayano.Wanita itu keluar dari halaman rumah.

            “Oka-san!” Ayano berlari ke arah wanita itu.

            “Sora,jom teman onii-san pergi hantar Aya-chan pergi tadika,” ajak ibu Ayano,Saki.Sora menggeleng.

            “Tak apalah.Onii-san pergi jelah.” Dia cuba untuk menolak secara baik.

            “Bolehlah...lagipun,hari ni tadika Aya-chan ada hari perjumpaan ibu dan bapa.Please...” rayu Saki dengan membuat muka comel.Sora ketawa.Dah beranak dua pun nak buat muka comel lagi.

            “Okeylah...memandangkan onii-san nak sangat Sora ikut...finee...” Sora membalas,tapi nadanya seolah-olah tidak berpuas hati.Sudahlah dia masih kepenatan kerana baru beberapa jam tiba dari New York,tiba-tiba pagi ini dia perlu menemani kakaknya itu.

            “Hehe...onii-san tau,kamu takkan menolak punya,” sengih Saki.

            Sora menyeringai sebelum berlalu masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

*****

            “Papa janji tau?Jangan lupa,” Sou-chan mengingatkan papanya.Ryouji mengangguk.

            “Okeyyy...don’t worry.I will come,” balas Ryouji pada anaknya.

            Dengan penuh berhati-hati,Sou-chan melangkah menuju ke pintu masuk tadika sebelum melambaikan tangannya ke arah Ryouji.Ryouji membalas lambaian itu dan memerhatikan langkah Sou-chan sehingga bayang anak itu hilang.

            Ryouji terus memandu Audi A5 baru miliknya ke pejabat.

*****

            “Kelas...hari ni kita akan adakan Hari Bersama Ibu dan Bapa,jadi,sila serahkan borang kebenaran pada Haruna Sensei,” ucap seorang guru wanita yang sedikit tua.

            Wanita muda yang dipanggil sebagai Haruna Sensei mendekati murid-murid di hadapannya setelah dirinya ditugaskan untuk mengutip borang kebenaran tersebut.

            Sou-chan mendiamkan diri.Dia terlupa untuk menyuruh papanya menandatangan borang kebenaran tersebut.Apabila Haruna Sensei mendekati Sou-chan,dia tidak berbuat apa-apa sekadar mendiamkan diri.

            “Sou-chan?Mana surat kebenaran kamu?” tanya Haruna Sensei dengan nada lembut.

            Sou-chan diam.

            “Papa kamu datang tak nanti?” tanya Haruna Sensei lagi.

            “Ermm...” bunyinya.

            Haruna Sensei tersenyum. “Baiklah,Sensei bagi peluang,nanti bila papa datang,kamu suruh papa kamu sign borang tu boleh?”

            Sou-chan mengangguk dengan laju.

            Haruna Sensei mengusap rambut lebat Sou-chan.Dia beralih kepada murid-murid yang lain.

            Ayano yang melihat situasi itu memandang Sou-chan.Dia tahu Sou-chan pasti terlupa.Walaupun Sou-chan seorang yang nakal,Ayano tetap ingin berkawan dengan kanak-kanak lelaki itu.

*****

Sora POV
            “Onii-san...kata nak bawak Sora pergi tadika Ayano.Kenapa onii-san hantar Ayano je?” tanyaku sebaik sahaja kami sampai dan duduk di sebuah kafe.Saki hanya senyum sambil melihat buku menu di atas meja.

            “Perjumpaan tu bermula pukul 10 pagi nanti,onii-san saja je nak ajak Sora.Tunggu masa lah orang kata.” jawab Saki dengan selamba.

            Aku mulai bengang. “Habis tu,onii-san nak tunggu sampai 10 pagi ke?!”

            Saki mengangguk,sedikitpun tidak peduli dengan adiknya yang sudah bengang.

            “Arghh...kalau Sora tahu,patutnya Sora tolak je pelawaan onii-san.Baik tidur je kat rumah.” dengusku dengan wajah yang masam mencuka.

            “Sora-ah...kamu ni memang degil.Kalau dah duduk rumah tu,tak reti keluar.Nanti jadi katak di bawah tempurung pulak!” bidas Saki dengan tenang.

            Aku membuat muka. “Penatlah...kan Sora baru je balik dari New York.Itu pun Sora balik sebab kena paksa,”

            “Memang patut pun kamu balik.Asyik duduk kat New York bukan ada faedah pun.Dah tiba masanya untuk kamu berkahwin!” Saki mengenakan aku.

            Aku tersentak.Kahwin?

            “Kenapa mesti kerana usia Sora dah capai usia untuk berkahwin?Tak ada alasan lain ke?”

            “Kamu dah berusia berapa tahun?” tanya Saki.

            “Ermm,25 tahun?”aku menjawab,teragak-agak.

            “Haaa,kan?Memang wajib kamu berkahwin.” sengih Saki.

            “Eiii!Tak kuasa Sora dibuatnya!I’m still not going to married any guys!Muktamad!” tegasku dengan mengangkat kedua belah tangan.Saki mengangkat keningnya.



Hi ._. this is first chapter of Stand By You fics.Sorry because no updates for a long time.Idk why but blockquote can't be used and I really irritated by it ;AAA; grr

Takkan like je?Komenlahh...:D

Tiada ulasan: