Ahad, 18 September 2011

Our Love Blossoms [Chapter 1]





Our Love Blossoms

Chapter 1

Hana & Miyuki:Back to Japan!

Hana’s POV

Aku duduk di sebelah mamaku.Mamaku memberikan senyuman.Hari ni,kami sekeluarga akan pulang ke Jepun semula.Kerana mama dan papa ingin kami tinggal dan belajar di Jepun.Sejak kecil,aku,kakak kembarku dan adik lelakiku mengikut mama dan papaku ke Australia kerana hal kerja mereka.

Namaku ialah  Hana Mizuki Yamamoto.Kakak kembarku bernama Hatsune Miyuki Yamamoto.Adik lelakiku pula Miura Yamamoto.Usiaku kini sudah masuk hampir ke lapan belas tahun.Aku sudah menamatkan pengajian sekolah menengah,cuma menunggu masa untuk masuk ke universiti.

“Hana,mana kakak kamu?Kita dah lambat ni.” tanya papaku yang sudah hendak masuk ke dalam kereta.Aku mengangkat bahu.Tidak tahu akan keberadaan kakak kembarku ketika ini. “Pergi cari dia.Kita dah nak bertolak ke airport dah ni,” papa menggesaku agar mencari kakak kembarku.Aku hanya menurut.

Terus aku ke bilik kakak kembarku,Miyuki.Pintu biliknya terbuka.Aku mengintai dari luar biliknya.Dia sedang mendengar lagu,di MP3nya mungkin.Aku mengetuk pintu biliknya.Miyuki mengangkat kepalanya.

“Yuki.Kau tak siap lagi ke?” aku menanya Miyuki.Dia menggeleng. “Jomlah,papa dah tunggu dah tu.” aku duduk di birai katilnya.Dia sedang membaca novel bahasa inggeris.Mungkin kisah cinta.Tapi,aku tak minat.Aku suka baca manga atau dikenali sebagai komik jepun.

“Malas.Aku tak nak balik Jepun,aku nak stay kat sini…” ujar Miyuki,sambil memandangku tanpa perasaan. “Tapi,papa dah cakap kan?Kita sekeluarga akan pulang semula ke Jepun?” aku menyoal Miyuki.Kakakku ini memang keras kepala,degil.Sikapnya memeningkan mama dan papaku.

“Hey Yuki,kau kena ikut jugaklah.Rumah ni pun nak dijual.Kau nak tinggal dekat mana?” aku memberitahu Miyuki bahawa rumah ini akan dijual,usai kami sekeluarga tinggal di Jepun.Papa sudah memberitahuku semasa aku bertanyakan hal rumah ini selepas kami berpindah.

Lalu Miyuki memandangku dengan pandangan yang tajam sebelum bangun dan menukar pakaiannya.Aku pula mengemas barang-barangnya.Memanglah kakak aku yang seorang ni,agak malas hendak mengemas barang sendiri.Sehinggakan dibebel oleh mama.

Miyuki turun dengan wajah yang masam,hampir juga nak menjadi lemonade kot.Aku yang berada di belakangnya hanya menggelengkan kepala.Beg pakaiannya aku pegang,dia bukannya nak ambil hairan pun pasal beg pakaian tu,yalah,sebab dah muka pun masam,semuanya tak mahu dibawa.

*****

SESAMPAI saja di lapangan terbang,aku dan sekeluarga terus check-in.Lagi sejam hendak berlepas.Aku semakin tidak sabar untuk pulang semula ke Jepun.Harapanku ialah,aku dapat kawan yang baru di sana.

“Hana.Mana kakak kamu?” tanya mama. “Kan ada dengan Miura?” aku menunjuk ke arah Miura yang menggeleng.Eh?Mana dia?Takkan dia nak lari kot?Aku tahulah dia tak suka nak pindah balik ke Jepun,tapi,agak-agaklah sikit.Waktu ni jugak dia nak cabut.Haih…aku takut papa akan naik angin.

Namun,papaku sebenarnya tak cepat naik angin,cuma kalau sesuatu perkara tu membuatkan dia marah memang berapilah… “Ermm…mama.Hana cuba cari dekat toilet ya?” aku meminta izin daripada mama untuk mencari kakakku yang seorang itu.Masalah betul dia tu…

Semasa aku sedang berjalan ke tandas.Aku terlihat kakakku sedang bercakap di telefon.Sepertinya dia sedang memarahi seseorang.Wajahnya berkerut menahan marah.Boyfriend dialah tu…aku mendekati Miyuki. “Nak borak cepat sikit,lagi sejam dah nak berlepas…” bisikku kepadanya,sekadar mengingatkan.

Dia angguk,walaupun muka tengah menahan marah.Kemudian dia menamatkan panggilan.Dia cuba senyum dan mengajakku pergi ke tempat keluarga kami menunggu.Pelik betul dia ni…

*****

Miyuki’s POV

Aku memang tak ingin ikut mama dan papa pulang ke Jepun.Selepas sahaja mama dan papa mengumumkan perkara itu,aku terus memprotes dalam diam.Takkanlah aku nak tinggalkan kawan-kawan aku yang aku kenali sejak kecil?Aku tak sanggup!

Kalau adik kembarku,Hana,dia memang sangat excited nak pindah ke Jepun.Katanya nak cari kawan-kawan baru dekat sana.Ah!Hana memang begitu,peramah,mudah didekati.Bukan macam aku.Hanya sesetengah orang saja yang sudi berkawan denganku.

“Rei…” aku menelefon Rei.Kekasihku.Aku sudah lama mengenali dia.Sejak umurku 16 tahun.Rei seorang lelaki dewasa.Dia sudah punyai kerjaya yang tetap.Aku tak minat lelaki yang sebaya denganku.Bagiku,seperti kebudak-budakan.Huh!

Aku mengenali dia sewaktu aku sedang berjalan-jalan di sekitar Opera House.Rei ke Sydney untuk menghadiri sebuah seminar di sini.Kerana perlanggaran itu,kami mula berkenalan dan bercinta…

“Yuki…sorry.I’ve an appointment now,call me later,okay?” balas Rei.Aku mendengus. “Rei…I need you now.” aku merayu pada dia. “Sorry.Later.It’s urgent,Yuki…” balas Rei lagi.Aku menahan rasa marah.Kemudian,apabila Hana mendekati dan memesan sesuatu padaku.Aku terus menamatkan panggilan.

Sejurus itu,aku mengajak Hana ke tempat kami sekeluarga menunggu.

*****

Hana’s POV

WAHH…cantik betul negara ni.Aku memang teruja sangat melihat pemandangan di sekitar bandar Tokyo.Pada waktu ini,senja sudah hendak berlabuh.Maknanya malam akan menjelma tidak lama lagi.Kakak kembarku pula hanya membuat halnya sendiri.Biarlah…

“Miu...malam nanti kita pergi jalan-jalan dekat sekitar Tokyo,nak tak?” aku menanya adik lelakiku,Miura. “Okey je,Hana…” angguk Miura.Miura tak panggil aku kakak,sebab bagi dia aku dengan dia sama je.Kalau kakak kembarku,memang dia panggil kakak,sebab kakakku itu lebih tua katanya.Haha…kelakar betul Miura ni.

“Malam nanti kita pergi makan dekat sebuah restoran ni.Dah lama mama dan papa tak ke sana,” ujar mama di tempat duduk depan.Papa pula tersenyum dan memandang mama.Mungkin ada sesuatu yang menggembirakan mereka. “Yuki…kamu ajak Rei sekali,ya?” pesan mama pada kakak kembarku,Miyuki.

Miyuki mendongakkan kepala. “Apa dia,mama?” aku perasan ada perubahan di wajahnya. “Ajak Rei sekali,kita makan bersama-sama,boleh kan?” mama mengulang katanya.Miyuki mengangguk dengan wajah yang riang.Aku pula masih termangu.Siapa Rei?Miyuki aku lihat sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

Kemudian,dia tersenyum-senyum seorang diri.Tak mengapalah,nanti lambat laun,akan kukorek rahsianya.Dan tentang Rei.

*****

AKU terus baring di atas katil.Penat pula terasa.Aku melihat sekeliling bilikku.Berwarna ungu cerah.Ada sedikit warna merah jambu.Pastinya mama yang memilih warna ini.Perabot di bilik ini juga memenuhi cita rasaku.Simple dan masih menarik.

Aku ingin berehat sebentar,sebelum bersiap untuk keluar makan malam di restoran yang mama katakan itu.

Sejam kemudian…

Aku terjaga.Hampir ke pukul lapan malam!Segera aku menyiapkan diri supaya tidak ketinggalan.Selepas bersiap,aku terus turun ke bawah.Ahli keluargaku sudah menunggu.Kami terus bertolak ke restoran untuk makan malam.


Ni first chapter.Sorry kalau tak best! :)

Takkan like je?Komenlahh...:D

6 ulasan:

nanajoe berkata...

wow ~ sambung ! ^^
btw lagu tu best . HAHA

Lina Azhar berkata...

@NANA gomawo!tunggu next part ya?:D

Gizloe berkata...

Best. Sambung ye. Kalau dah sambung tag nama Maz tau, Takut Maz tak ingat. Maz banyak baca FF, Jadi tak tahu mana satu.

Lina Azhar berkata...

@Mazlisya:okay.nanti saya tag nama...hihi,thanks for reading ya?;)

Sasha Aihara @ Virtual Writer berkata...

Nice... sambung cepat ya.

Lina Azhar berkata...

@Virtual Writer:okay ^^